Eksklusif : Les Copaque Sedang Membangunkan Dua Permainan Desktop Upin Dan Ipin

Eksklusif : Les Copaque Sedang Membangunkan Dua Permainan Desktop Upin Dan Ipin

Diterbitkan pada Okt 28, 2011 oleh .

Sebelum ini, kami di Amanz merupakan yang pertama melaporkan mengenai pembangunan permainan desktop untuk Upin dan Ipin. Kini, kami berjaya mendapatkan beberapa paparan yang baru, serta mendapat pengesahan daripada pihak Les Copaque yang mana mereka bakal memperkenalkan dua permainan Upin dan Ipin. Buat masa ini kedua-dua permainan ini masih lagi pada peringkat pembangunan.

Permainan desktop yang pertama dikenali sebagai Upin & Ipin Dan Kawan-Kawan, yang mana lebih ditujukan kepada para peminat kanak-kanak. Melaluinya, ia lebih membawakan corak permainan berunsurkan pendidikan, dimana melaluinya ia menjana kreativit dalam menyelesaikan sesuatu masalah, selain pada masa yang sama menyertakan beberapa pemasalahan matematik padanya.

Selain daripada itu, Les Copaque juga turut sama sedang membangunkan permainan bercorak aksi, yang mana ditujukan kepada para peminat game dan juga peminat remaja dan yang lain-lain. Permainan bercorak aksi ini kelak akan mengikut jalan cerita filem Laksamana Upin & Ipin, dan mungkin akan kelak dilancarkan bersama-sama dengan filemnya kelak.

Buat masa ini, kedua-dua permainan ini sedang dalam proses pembangunan, dan masih lagi perlu memasuki pelbagai fasa pembangunan lagi. Ia masih tidak diketahui bilakah kedua-dua permainan ini akan dilancarkan.

Upin Ipin Game

Upin Ipin Game


TIPS & ULASAN