Apple iPhone 4 8GB Kini Di Malaysia – Berharga RM1799

Apple iPhone 4 8GB Kini Di Malaysia – Berharga RM1799

Diterbitkan pada Okt 28, 2011 oleh .

Nampaknya, sementara menunggu iPhone 4S memasuki pasaran Malaysia, kini Apple Malaysia telah pun mengemaskini Apple Store, dengan menambah Apple iPhone 4 8GB, yang mana ditawarkan pada harga RM1799 tanpa sebarang kontrak, terus daripada Apple. Bagi mereka yang berminat, anda boleh mula menempah dan membelinya terus daripada laman rasmi Apple Store Malaysia.

Melaluinya, ia membawakan perbezaan daripada segi storan, dimana ruangan storan yang ditawarkan bersaiz sekitar 8GB, dan pada masa yang sama, ia turut didatangkan bersama-sama dengan iOS 5.

Pada masa yang sama, ia menjadi iPhone pertama yang turut ditawarkan oleh Apple terus melalui Apple Store Malaysia, berbeza dengan sebelum ini yang mana perlu melalui syarikat telekomunikasi tempatan, ataupun membelinya daripada kedai telefon di seluruh negara.

Tips awal daripada Odin.


TIPS & ULASAN