Ultrabook Asus ZenBook Di Malaysia November Ini

Ultrabook Asus ZenBook Di Malaysia November Ini

Diterbitkan pada Okt 28, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini, pada pertengahan bulan yang lepas, Asus telah pun memperkenalkan ultrabook mereka yang pertama, iaitu Asus Zenbook. Menariknya, kini ia dilaporkan yang mana Asus Zenbook bakal dilancarkan di Malaysia pada bulan hadapan. Namun, tarikh pasti untuknya masih tidak diketahui buat masa ini.

Ia tidak diketahui samada adakah Asus akan melancarkan kesemua model ultrabook yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia. Menurut Lowyat.NET, mereka telah pun mendapat akses eksklusif untuk melihatnya di Malaysia hari ini, dimana mereka diperlihatkan dengan model ZenBook U21.

Melaluinya, ia membawakan cip pemprosesan Intel Core i7, 4GB RAM, dan membawakan rekabentuk yang nipis dan hanya seberat lebih kurang sekilo sahaja.

Harga jualan dan tarikh pelancaran di Malaysia mungkin akan diumumkan oleh Asus Malaysia tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN