Cari @ Amanz

Salah satu produk Google yang kurang popular di rantau ini adalah GoogleTV, dan masih tidak diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan dan dipopularkan di Malaysia. Namun begitu, pembangunannya kelihatan amat menarik sekali, dimana hari ini Google secara rasminya telah pun memperkenalkan Google TV 2.0 yang mana membawakan kemaskini drastik kepada platform televisyen mereka.

Melalui kemaskini yang bakal mula diperkenalkan kepada pengguna sedia ada GoogleTV, ia akan membawakan beberapa perkara baru, dan yang paling utamanya, adalah perubahan dari segi antaramuka untuk Google TV. Kini, Google TV membawakan rekabentuk yang lebih kemas berbanding yang sebelum ini, menjadikannya mudah untuk digunakan.

Pada masa yang sama, kini Google TV turut sama membawakan sokongan aplikasi padanya, serta memperkenalkan Android Market melalui Google TV. Android Market padanya juga turut dioptimasikan khas, dan hanya memperlihatkan apakah yang disokong melalui GoogleTV sahaja. Pada masa yang sama, ia juga membawakan lebih kandungan padanya, membolehkan anda menonton rancangan yang diminati anda dengan mudah dan senang.

Jadi, bolehkah platform Google TV ini akan mula mendapat perhatian ramai pengguna selepas ini, atau akan kekal tidak popular seperti sebelum ini? Dan bilakah ianya akan tiba ke Malaysia?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd