Seperti semua sedia maklum, ramai pembangun tempatan yang menggunakan WordPress dan juga Joomla dalam membangunkan web mereka. Dan salah satu perkara yang sering dilupakan adalah menjaga sekuriti dan keselamatan web mereka. Mungkin kadangkala ianya sedikit sukar untuk menyemak satu per satu, dan untuk memudahkannya, kini salah seorang pembangun tempatan memperkenalkan aplikasi ringkas untuknya.
Aplikasi yang diperkenalkan oleh Ahlspiess ini, membolehkan para pengguna Joomla dan juga WordPress dengan mudah menyemak sekuriti asas laman mereka dengan pantas. Ia juga sekaligus membolehkan anda menutup pelbagai kelemahan yang dikenal pasti dengan pantas, dan mengelakkannya terdedah kepada pelbagai isu keselamatan.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun WPDetect untuk WordPress, ataupun JComDetect untuk Joomla, ataupun mengikuti perbincangan mengenai WPDetect atau JComDetect di forum TBD.