Nampaknya, Google terus menambah pelbagai fungsi-fungsi baru pada laman sosial mereka, dimana terkini mereka memperkenalkan beberapa fungsi menarik dalam usaha untuk terus menambah bilangan pengguna aktif Google+. Melalui Google+, kini anda dengan mudah boleh ketahui apakah topik terhangat yang sedang dibincangkan, dan turut sama membolehkan anda menambah efek ke gambar anda dengan mudah.
Melalui Google+, jutaan penggunanya berkongsi akan pelbagai perkara dari topik berbeza setiap hari. Dalam usaha untuk memudahkan anda mengikuti apakah yang sedang dibincangkan oleh para penggunanya, kini Google memperkenalkan fungsi “What’s Hot”, membolehkan anda mengikuti pelbagai tajuk dan topik yang dibincangkan rakan-rakan anda dengan mudah dan senang.
Selain daripada itu, Google turut sama memperkenalkan sokongan Creative Kit, dimana melaluinya, anda boleh membuat beberapa perubahan asas kepada gambar anda, sebelum ianya dikongsi akan bersama-sama dengan pengguna yang lain.
Pada masa yang sama, sebelum ini, Google turut sama telah memperkenalkan sokongan Google+ pada Google Apps, sekaligus membolehkan lebih ramai menggunakan Google+ dengan mudah.