Carian
Belajar Pengaturcaraan Dengan Mudah Dan Interaktif Melalui Codecademy
October 29, 2011 Aman

Salah satu perkara yang sering ingin dipelajari oleh ramai pengguna internet adalah pengaturcaraan. Namun begitu, prosesnya mungkin mengambil masa yang lama dan kadangkala membosankan. Walaubagaimanapun, perkara ini boleh diatasi dengan aplikasi web baru yang dikenali sebagai Codecademy, dimana melaluinya ia membawakan pembelajaran pengaturcaraan asas dengan mudah dan interaktif.

Melalui laman Codecademy, ia membawakan pelbagai pengajaran asas, membolehkan anda mempelajari pelbagai perkara dan terma asas dengan pantas. Pembelajaran juga dibahagikan kepada beberapa bahagian, memudahkan anda memahami sesuatu perkara dengan mudah dan senang.

Codecademy membawakan pendaftaran menggunakan akaun Facebook, dan dalam menjadikan pembelajaran lebih menarik, mereka juga turut sama memperkenalkan sistem lencana, seumpama FourSquare, membolehkan anda mengumpul pelbagai lencana selepas menamatkan sesuatu bahagian.

Jadi, lepas ini jangan terkejut sekiranya para pelajar atau mereka yang memohon pekerjaan memasukkan Codecademy sebagai institusi pembelajaran mereka.

Komen