Cari @ Amanz

Salah satu projek tempatan yang dinantikan ramai adalah Faces.my, yang mana bakal menawarkan kemudahan untuk para freelancer untuk mempamerkan portfolio mereka, disamping pada masa yang sama memudahkan mereka yang ingin mengupah untuk mencari prospek mereka. Laman yang disasarkan untuk pelancaran 1 November, kini ditangguhkan untuk pelancaran pada 11-11-11, iaitu lebih kurang dua minggu dari sekarang.


Laman Ujian Beta – Faces.my


Rekabentuk Profail Di Faces.my

Fungsi-fungsi dan pelbagai perkara yang bakal dibawakan oleh laman Faces masih lagi dirahsiakan sepenuhnya oleh pihak pembangunnya buat masa ini. Ia juga dilihat yang mana mereka kini dalam ujian beta tertutup, dan masih lagi dalam peringkat ujian dalaman.

Bagi mereka yang berminat dengan pembangunan laman Faces.my ini, anda boleh ikuti lebih lanjut melalui laman Twitter mereka melalui @faces_my ataupun melalui halaman blog mereka, yang mana menyertakan pelbagai info menarik mengenai pembangunan laman Faces.my tersebut.

Selain daripada laman Faces.my, laman WutMedia juga bakal dilancarkan pada tarikh yang sama, membawakan beberapa aplikasi iOS tempatan kepada para pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd