Mozilla Memudahkan Perkongsian Sosial Lebih Pantas Melalui Firefox Share

Mozilla Memudahkan Perkongsian Sosial Lebih Pantas Melalui Firefox Share

Diterbitkan pada Okt 30, 2011 oleh .

Ingatkah lagi dengan add-on dari Mozilla yang dinamakan sebagai F1, yang mana membolehkan anda berkongsi pelbagai perkara melalui laman sosial? Kini nampaknya, Mozilla telah pun mulakan pembangunan generasi baru untuk add-on tersebut, yang mana dikenali sebagai Firefox Share, dan masih lagi pada peringkat alpha buat masa ini.

Walaubagaimanapun, Firefox Share berbeza dari pelbagai perkara, termasuk dari segi antaramukanya, dimana kini ia telah diintegrasikan sepenuhnya dengan antaramuka pelayar web Firefox, yang mana masing-masing dioptimasikan sepenuhnya untuk platform Linux, Windows dan juga Mac.

Melalui Firefox Share yang masih dalam peringkat alpha ini, para pengguna boleh berkongsi pelbagai perkara menarik terus daripada pelayar web mereka, tanpa perlu ke laman sosial tersebut, terutamanya Facebook dan juga Twitter. Pengguna juga boleh menghantarkan emel kepada rakan mereka terus dengan klik pada butang akses pantas bersebelahan dengan bar alamat.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat awal pembangunan, dan para pengguna yang berminat boleh memuat-turun, menguji dan memberikan maklumbalas berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN