Nampaknya, sedikit demi sedikit, setelah melalui pelbagai proses pembangunan, kini aplikasi Siri telah pun berfungsi sepenuhnya pada peranti iPhone 4, membolehkan para pengguna iPhone 4 sedia ada seluruh dunia menggunakan Siri dengan mudah melaluinya. Walaubagaimanapun, seperti semua sedia maklum, ia memerlukan para pengguna untuk jalibreak peranti mereka terlebih dahulu.
Melalui sebuah video khas yang diperlihatkan, ia memperlihatkan Siri pada iPhone 4 berfungsi tanpa sebarang masalah, dan sama pantas dengan yang terdapat pada iPhone 4S. Pada masa yang sama, ia juga sedang dioptimasikan untuk iPod Touch, dimana salah satu masalah yang dihadapi pada iPod Touch adalah dimana kedudukan speaker yang berbeza, membuatkan input suara mempunyai sedikit masalah.
Bagi mereka yang berminat, dan sanggup mengambil risiko, anda mungkin boleh mengikuti sebuah tutorial ringkas yang disediakan, dan memasang Siri pada iPhone 4 anda hari ini.