Skrin sentuh kadangkala tidak boleh digunakan dibeberapa lokasi, seperti contoh ketika dikawasan sejuk, dan anda sedang memakai sarung tangan dan sebagainya. Untuk mengatasi perkara tersebut, kini Nokia memperlihatkan sebuah peranti konsep yang mana boleh dikawal dengan melengkung akan peranti tersebut.
Peranti konsep Nokia itu dikenali sebagai Nokia Kinetic, dan diperkatakan dibangunkan dengan memfokuskan pengguna di kawasan sejuk, yang mana memakai sarung tangan senantiasa, dan kadangkala tidak boleh menggunakan skrin sentuh. Untuk mengatasinya, mereka boleh mengawal dengan mudah, dengan hanya melengkung atau membengkok akan peranti tersebut dibahagian kiri dan kanan dengan mudah.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat konsep, dengan tiada maklumat samada adakah ia akan dilancarkan ataupun tidak.
Terima kasih Shukri Zakaria.