Cari @ Amanz

Facebook Menguji Dua Fungsi Sekuriti Baru Pada Laman Sosial Mereka

Oleh Aman

Link Copied!

Lanjutan daripada berita melaporkan yang mana hampir 600,000 akaun Facebook digodam setiap hari, kini pihak Facebook bakal mulakan ujian untuk dua fungsi baru mereka bermula beberapa minggu lagi, membolehkan keselamatan akaun Facebook lebih bagus lagi berbanding sebelumnya.

Dua fungsi yang bakal diperkenalkan adalah fungsi Trusted Friends dan juga App Passwords.

Melalui Trusted Friends, ia merupakan penambah-baikkan daripada fungsi untuk mendapatkan kembali akaun anda sekiranya terlupa kata laluan melalui rakan anda. Melalui Trusted Friends, anda boleh memilih tiga ke lima rakan anda yang anda percaya, dan sekiranya anda terlupa sebarang maklumat akaun anda, dan tidak boleh log masuk ke akaun anda, anda boleh mendapatkannya kembali melalui kod yang akan dihantar kepada rakan anda yang dipercayai ini.

Selain daripada Trusted Friends, Facebook juga bakal memulakan ujian untuk App Passwords. Melaluinya, ia bakal membolehkan anda membuat kata laluan khas untuk setiap aplikasi. Perkara ini semestinya salah satu perkara yang berguna dan dinantikan ramai pengguna, memandangkan kini pelbagai aplikasi mula menggunakan akaun Facebook untuk log masuk, dan dengan fungsi ini, anda boleh log masuk setiap aplikasi menggunakan nama pengguna sama, dan kata laluan berbeza.

Mungkin kelak dengan pengenalan fungsi ini, ia serba sebanyak akan mengurangkan bilangan akaun yang di godam saban hari.


Komen ()