Cari @ Amanz

Tab Yahoo! Updates Akan Dimatikan Pada Pertengahan November Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Bagi yang sering menggunakan Yahoo! Mail, mungkin anda perasan akan salah satu fungsi sosial padanya, yang membolehkan anda mengemaskini status Twitter dan Facebook dengan mudah, dipanggil sebagai Yahoo! Updates. Kini nampaknya, Yahoo! bakal mematikan fungsi tersebut, disasarkan pada pertengahan bulan November ini.

Sebagai ganti untuknya, Yahoo! meminta para pengguna untuk menggunakan Yahoo! Messenger yang terbina pada Yahoo! Mail untuk berkongsi status bersama rakan-rakan mereka yang lain.

Sebelum ini, Yahoo! turut sama telah mengumumkan penamatan perkhidmatan Yahoo! WebMessenger, disebabkan penggunaannya yang semakin merudum dan juga kerana pengguna lebih berminat menggunakan Yahoo! Messenger yang terbina pada Yahoo! Mail.


Komen ()