Nokia Memperlihatkan Nokia Maps Pada Windows Phone Dengan Lebih Dekat

Nokia Memperlihatkan Nokia Maps Pada Windows Phone Dengan Lebih Dekat

Diterbitkan pada Okt 30, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, Nokia telah pun mengumumkan peranti Windows Phone mereka, iaitu Nokia Lumia pada minggu lepas, dimana bersama-sama dengannya, Nokia turut sama memperkenalkan aplikasi yang dikhaskan untuk peranti Windows Phone, dan salah satunya merupakan Nokia Maps yang dinantikan ramai pengguna.

Kini, melalui sebuah video khas, Nokia memperlihatkan aplikasi Nokia Maps dengan lebih dekat lagi, memperlihatkan sokongan yang dibawakan oleh Nokia Maps untuk peranti Windows Phone.

Sebelum ini, Nokia Maps juga telah diperkenalkan kepada para pengguna Android dan iOS dalam bentuk pelayar web, dan kini dengan pengenalan aplikasi Windows Phone yang mungkin akan turut dapat digunakan oleh peranti lain, kita juga kelak mungkin akan dapat melihat aplikasi Nokia Maps untuk Android dan iOS.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Nokia Lumia akan hadir ke pasaran Malaysia. Dalam pengumuman pada Nokia World 2011 tempoh hari, nama Malaysia tidak disebut dalam negara yang akan menerimanya pada tahun ini.

Mungkin kita hanya akan melihat Nokia melancarkannya di Malaysia sebaik sahaja Windows Phone Marketplace diaktifkan sepenuhnya di Malaysia kelak.


TIPS & ULASAN