Cari @ Amanz

Semua sedia maklum, yang mana Canonical pernah mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan tema ikon yang baru pada Ubuntu. Tetapi ia masih tidak diketahui lagi bagaimanakah ianya akan kelihatan kelak. Namun menariknya, kini ia dilaporkan yang mana salah satu syarikat pembuat grafik ikon, YellowIcon telah pun menambah portfolio mereka dengan ikon Ubuntu.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi samada adakah ianya merupakan ikon rasmi untuk Ubuntu pada versi akan datang ataupun tidak. Ini kerana memandangkan ianya sumber terbuka, sesiapa sahaja boleh membangunkan apa sahaja untuknya.

Namun, mungkinkah tema ikon pada Ubuntu 12.04 kelak akan kelihatan seperti ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd