Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan aplikasi Plus Toll Rate yang pernah kami tuliskan sebelum ini? Setelah melalui beberapa fasa beta, kini akhirnya ia telah pun mencapai versi stabil pertama, dimana melalui kemaskini stabil pertama yang diperkenalkan, ia membawakan pelbagai penambahan dan beberapa fungsi baru bersama-sama dengan aplikasi percuma ini.

Secara asasnya, melalui aplikasi PLUS Toll Rate ini, ia membolehkan para pengguna untuk menyemak dan mengira kos untuk tol perjalanan mereka menggunakan Lebuhraya Utara Selatan. Melalui versi beta, ia hanya sekadar membawakan sokongan secara atas talian sahaja, tetapi kini melalui kemaskini yang diperkenalkan, ia membolehkan para pengguna untuk menyemaknya secara luar-talian, sekaligus amat berguna ketika dalam pejalanan, dan anda tidak mempunyai talian internet ketika itu.

Pada masa yang sama, ia turut dikemaskini, dengan sokongan bahasa Malaysia, serta bersaiz lebih kecil berbanding sebelumnya. PLUS Toll Rate kini turut menyokong Android 3.x membolehkan anda mengikutinya pada tablet anda..

Selain daripada itu, pembangunnya juga memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh mereka melalui kemaskini aplikasi tersebut pada versi akan datang, iaitu sokongan geolokasi untuk mengetahui lokasi anda, dan juga sokongan kamera trafik masa-nyata membolehkan anda melihat keadaan trafik disesuatu lokasi dengan mudah.

Sementara itu, bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun PLUS Toll Rate secara percuma daripada Android Market hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd