Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan aplikasi Parking Mata untuk para pengguna Android, kini pembangunnya bergerak selangkah kehadapan lagi, dimana kini turut sama telah memperkenalkan aplikasi mereka pada platform iOS, dan menjanji akan memperkenalkan aplikasi yang sama pada platform Symbian pada bulan hadapan.

Melalui aplikasi Parking Mata, ia membolehkan para pengguna untuk mengelak daripada disaman, dimana membolehkan pengguna aplikasi yang sama untuk memberi amaran kepada pemandu kereta pada kawasan yang sama dengan mudah. Bagi anda yang berminat, mungkin anda boleh memuat-turunnya dan menggunakan aplikasi ini secara percuma pada peranti iOS anda.

Walaubagaimanapun, untuk menjayakan aplikasi ini, ia memerlukan ramai pengguna menggunakannya secara aktif, dan sukar dicapai apabila angka penggunannya amat rendah. Tetapi pada masa yang sama juga, meletak kenderaan sesuka hati dikawasan yang dilarang adalah salah satu perkara yang menyalahi undang-undang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd