Samsung Bakal Memperkenalkan Peranti Dengan Skrin Fleksibel Tahun Hadapan

Samsung Bakal Memperkenalkan Peranti Dengan Skrin Fleksibel Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Okt 31, 2011 oleh .

Setelah Nokia memperkenalkan peranti dengan skrin yang boleh dilenturkan, kini Samsung turut sama mengeluarkan pelan untuk mengeluarkan dan menjual telefon pintar dengan skrin fleksibel pada tahun hadapan. Komen tersebut dikeluarkan oleh pihak Samsung ketika membincangkan mengenai pencapaian mereka, menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia, menewaskan Apple.

Skrin fleskibel yang dijangka akan diperkenalkan oleh Samsung pada tahun hadapan, dikatakan mungkin hanya versi asas, dan mungkin lebih banyak peranti dengan skrin fleksibel dijangka akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Samsung juga kini dalam persiapan untuk memasarkan Galaxy Note yang dinantikan, dan juga Galaxy Nexus dengan Android Ice Cream Sandwich. Pada masa yang sama, ura-ura berkaitan dengan Samsung Galaxy S3 juga sudah mula kedengaran satu per satu akhir-akhir ini. Mungkinkah dengan skrin fleksibel, sebuah keluarga peranti baru akan diperkenalkan?


TIPS & ULASAN