Amanz Terpilih Menjadi Media Atas-Talian Rasmi NEF-Awani ICT 2011

Amanz Terpilih Menjadi Media Atas-Talian Rasmi NEF-Awani ICT 2011

Diterbitkan pada Okt 31, 2011 oleh .

Ingatkah lagi dengan acara NEF-Awani ICT Awards 2010 yang pernah kami laporkan pada awal tahun ini. Menariknya, untuk tahun 2011 ini, blog milik anda, Amanz telah pun mendapat hak eksklusif, dimana Amanz Network telah dianugerahkan sebagai media rasmi atas-talian untuk acara tersebut, sekaligus membolehkan kami mendapatkan lebih banyak berita eksklusif untuk para pembaca Amanz.

NEF-Awani ICT Awards 2011 baru sahaja diumumkan secara rasminya pada hari ini, dimana melaluinya beberapa kategori akan dipertandingkan. Pencalonan untuk acara tersebut akan dimulakan pada hari ini, dan berakhir pada 30 November kelak, yang mana ia akan kelak melalui beberapa peringkat, termasuk undian atas-talian dan melalui penilaian beberapa orang juri, sebelum pemenangnya diumumkan pada tahun hadapan.

Berikut merupakan kategori penuh yang dipertandingkan pada NEF-Awani ICT Awards 2011 kelak:

  • Perisian Terbaik
  • Animasi Dan Permainan Terbaik
  • Aplikasi Media Baru Terbaik
  • Syarikat Paling Inovatif
  • Syarikat ICT Baru Terbaik
  • Aplikasi Mudah-Alih Terbaik
  • Usahawan Muda Terbaik

Selain daripada itu, ia juga turut mempertandingkan beberapa kategori terbuka, iaitu:

  • Penyelesaian E-Kerajaan Pilihan
  • Perbankan Atas-Talian Pilihan
  • E-Perkhidmatan Pilihan
  • Blog Atau Portal Hiburan Pilihan
  • Syarikat Telekomunikasi Pilihan
  • Platform Rangkaian Sosial Pilihan
  • Pilihan Jenama Peranti ICT Pilihan

Bagi para pengusaha startup di Malaysia, ini mungkin salah satu platform menarik untuk anda mempromosikan jenama dan produk anda, disamping pada masa yang sama, anda turut boleh berkongsi akan produk dan perkhidmatan ICT anda dengan mudah dengan menghantar emel kepada kami di media(a)amanz.my.

Kami akan berusaha sedaya upaya untuk membawakan liputan langsung daripada acara tersebut kelak yang bakal diadakan pada awal tahun hadapan.


TIPS & ULASAN