Ubuntu Untuk Telefon Pintar Dan Televisyen Bakal Diperkenalkan?

Ubuntu Untuk Telefon Pintar Dan Televisyen Bakal Diperkenalkan?

Diterbitkan pada Okt 31, 2011 oleh .

Nampaknya, selain daripada Android dan MeeGo (yang akan dikenali sebagai Tizen), dunia sistem operasi sumber terbuka mudah-alih akan terus meriah, apabila kini Ubuntu turut sama mengumumkan perancangan mereka untuk memperluaskan sokongan platform mereka, dan bakal diperkenalkan pada telefon pintar dan juga pada televisyen pintar.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Ubuntu akan diperkenalkan dengan sokongan untuk peranti-peranti ini, tetapi berkemungkinan ia kini dalam perancangan utama mereka, selain daripada versi desktop 12.04 yang disasarkan untuk dilancarkan pada April tahun depan dengan sokongan selama 5 tahun.

Sekiranya platform mudah-alih Ubuntu turut sama disokong selama 5 tahun, sama seperti versi desktopnya kelak, berkemungkinan besar ia akan memberikannya kelebihan yang lebih baik berbanding dengan platform Android, yang mana kini kebanyakkan perantinya hanya menyokong lebih kurang sehingga 3 keluaran kemaskini versi sahaja.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat telefon pintar dan tablet Ubuntu tidak lama lagi?


TIPS & ULASAN