Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, Singapura telah menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara untuk menerima telefon pintar iPhone 4S dengan sokongan Siri pada minggu lepas. Namun, salah satu perkara yang amat mendukacitakan adalah ia dilaporkan yang mana Siri tidak begitu memahami penggunaan bahasa Inggeris oleh orang Asia, terutamanya Singlish.

Dan untuk mengatasi perkara tersebut, syarikat telekomunikasi Singapura, iaitu Singtel telah pun membangunkan aplikasi khas yang menawarkan fungsi seumpama Siri, tetapi dioptimasikan khas untuk penggunaan oleh para pengguna di Singapura, dan memahami Singlish. Melaluinya, ia kelak akan memahami nama, lokasi dan juga slanga yang digunakan oleh para penduduk dan pengguna di Singapura.

Selain daripada Singapura, sebelum ini ia turut dilaporkan yang mana para pengguna di Jepun turut menghadapi masalah menggunakannya. Buat masa ini, ia tidak lagi tidak diketahui bagaimanakah kesannya di Malaysia kelak.

Namun, mungkinkah syarikat telekomunikasi tempatan seperti Maxis ataupun Celcom akan memperkenalkan sebuah aplikasi seumpamanya dengan sokongan bahasa Malaysia?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd