Setelah memperkenalkan rekabentuk baru laman pada kebanyakkan produk-produk utama Google, hari ini, Google turut sama memperkenalkan rekabentuk dan antaramuka baru laman kepada para pengguna Google Reader, sekaligus membawakan rekabentuk baru Google kepada perkhidmatan yang dinantikan ramai itu.
Melalui rekabentuk baru ini, ia membawakan antaramuka yang selari pada pelbagai produk utama Google, selain pada masa yang sama beroperasi lebih pantas dan mudah dikendalikan berbanding sebelumya. Pada masa yang sama, kini para pengguna juga turut sama boleh berkongsi pautan menarik terus ke laman sosial Google, iaitu Google+ melalui butang +1 yang terdapat padanya.
Rekabentuk baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan Google mensasarkan semua akan dapat menggunakannya menjelang penghujung hari ini.