Cari @ Amanz

Salah satu produk menarik daripada Microsoft selain Windows Phone, Windows 8 dan Xbox adalah Microsoft Kinect, yang mana membawakan kebolehan untuk mengawal pelbagai perkara dengan mudah melalui pergerakan dan juga suara. Pelbagai perkara baru telah diperkenalkan kepada umum sejak Kinect diperkenalkan, dan kini Microsoft menyambut ulang-tahun pertamanya dengan sebuah video ringkas.

Melalui video yang dinamakan sebagai Kinect Effect itu, ia memperlihatkan kegunaan Kinect sehingga kini, dan apa yang ia berupaya lakukan sepenuhnya pada masa hadapan. Selain daripada pada permainan, Kinect juga turut sama membawakan pelbagai perubahan pada dunia perubatan.

Tentunya Kinect bakal membawakan pelbagai perkara menarik lagi, dan ia kini diperkatakan yang mana Kinect juga bakal disokong melalui Windows 8 kelak, membawakan platform tersebut ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Sama-sama kita nantikan perkembangan dunia teknologi Kinect ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd