Cari @ Amanz

Salah satu animasi baru yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi oleh Les Copaque adalah animasi Pada Zaman Dahulu, yang mana membawakan gaya animasi berbeza dengan animasi Upin dan Ipin yang diperkenalkan oleh mereka sebelum ini. Menariknya, eksklusif untuk para pembaca Amanz, kami telah merakamkan sebahagian daripada animasi tersebut ketika dipertontonkan kepada kami sebelum ini.

Melalui Pada Zaman Dahulu, ia mengisahkan mengenai kisah-kisah teladan yang diceritakan oleh seorang datuk kepada cucu-cucunya. Untuk musim pertama ini, mereka telah menyediakan sebanyak empat episod dengan empat kisah sang kancil yang menarik, dan akan dimulakan tayangannya pada 3 Disember ini pada pukul 8.30 malam di TV Al-Hijrah.

Selain daripada itu, Les Copaque juga sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan siri animasi mereka yang seterusnya, yang mana dikenali dengan nama kod “Puteri” buat masa ini, selain daripada aplikasi iPad untuk IUpin dan Ipin, serta juga permainan desktop Upin dan Ipin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd