Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan Xperia Pro, Sony Ericsson Malaysia turut sama menawarkan Xperia Neo V untuk para pengguna tempatan, membolehkan ianya didapati di pasaran Malaysia pada harga jualan hanya RM999 sahaja. Sehingga kini, berita tawaran peranti-peranti Xperia daripada syarikat telekomunikasi tempatan masih lagi tidak kedengaran.

Melalui Xperia Neo V, ia membawakan telefon pintar berskrin 3.7-inci dan diperkasakan oleh Android 2.3 Gingerbread. Pemproses satu teras 1Ghz Scorpion digunakan didalam peranti ini serta GPU Adreno 205. Kamera 5 Megapixel, RAM 512 MB serta sokongan kad MicroSD sehingga 32 GB melengkapakan spesifikasi peranti ini.  Nampaknya harga peranti Android semakin murah. Anda bagaimana? Adakah tertarik dengan peranti baru dari Sony Ericsson ini atau anda lebih teruja dengan peranti Samsung seperti Samsung Wave?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd