Cari @ Amanz

PayPal Membuka Pejabat Di Malaysia – Mensasarkan Untuk Mengambil 500 Orang Pekerja Menjelang Penghujung 2013

Oleh Aman

Link Copied!

PayPal hari ini secara rasminya telah membuka pejabat operasi mereka di Malaysia, sekaligus membawa dunia pembayaran atas-talian di Malaysia setapak kehadapan lagi. Pejabat PayPal Malaysia kini dibuka di Dataran Bandar Utama, dan kini sedang dalam proses mencari pekerja, dimana PayPal Malaysia mensasarkan untuk mengambil lebih 500 pekerja menjelang penghujung tahun 2013.

Sebelum ini, PayPal telah pun mula memperkenalkan sedikit demi sedikit perkhidmatan mereka di Malaysia, dimana telah bekerjasama bersama-sama dengan pihak Maxis untuk pembayaran bil atas-talian, bekerjasama bersama dengan pihak RHB untuk menghantar wang dengan mudah, serta menawarkan perkhidmatan prabayar mereka bersama-sama dengan pihak MOL.

Mungkin selepas ini, kita akan terus dapat melihat PayPal menjadi salah satu medium pembayaran utama di Malaysia dan dunia atas-talian di Malaysia kelak.


Komen ()