Lebih 15 Negara Akan Menerima iPhone 4S Pada 11 November – Tiada Nama Malaysia

Lebih 15 Negara Akan Menerima iPhone 4S Pada 11 November – Tiada Nama Malaysia

Diterbitkan pada November 1, 2011 oleh .

Apple hari ini telah pun mengumumkan tambahan 15 buah negara yang akan menerima peranti pintar generasi baru mereka pada 11 November kelak. Namun apa yang mendukacitakan adalah dimana nama Malaysia masih lagi tidak terdapat padanya buat masa ini, dan Apple menjanjikan akan memperkenalkannya pada lebih 70 negara menjelang penghujung tahun ini.

15 buah negara yang akan menerima iPhone 4S pada 11 November kelak adalah Albania, Armenia, Bulgaria, El Salvador, Greece, Guatemala, Hong Kong, Malta, Montenegro, New Zealand, Panama, Poland, Portugal, Romania, dan juga Korea Selatan. Pra-pendaftaran juga dijangka akan dimulakan di negara tersebut tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia masih menjadi teka-teki bilakah iPhone 4S akan memasuki arena pasaran Malaysia. Sebelum ini, ia diperkatakan yang mana Apple bakal menyertakan iPhone 4S di Malaysia pada pertengahan bulan ini, namun tiada berita mengenainya buat masa ini.

Rantau terdekat dengan Malaysia yang menawarkan iPhone 4S adalah Singapura, namun ia dilaporkan yang mana stok iPhone 4S dirantau tersebut telah pun habis buat masa ini.


TIPS & ULASAN