Seperti semua sedia maklum, sebelum ini, pada bulan lepas, acara Silicon Valley Comes To Malaysia telah diadakan, dimana ramai usahawan muda yang terlibat dalam dunia teknologi dan web berkongsi pelbagai perkara menarik melaluinya, termasuk pengalaman mereka memulakan syarikat mereka masing-masing. Menariknya, bagi mereka yang tidak berpeluang mengikuti acara tersebut, kini boleh ikutinya melalui sebuah kartun ringkas yang penuh maklumat.
Kartun ini telah dilakarkan oleh saudara Bernie Quah, dan boleh dimuat-turun oleh semua secara percuma untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas lagi.