Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, kini dengan dunia internet turut mula beralih ke dunia peranti mudah-alih, ianya sesuatu yang penting untuk mengoptimasikan halaman web masing-masin untuk digunakan pada peranti mudah-alih. Dan untuk memudahkan para pembangun web mengoptimasikan web mereka pada peranti mudah-alih, kini Google memperkenalkan salah satu inisiatif baru dipanggil GoMo.

Melalui laman GoMo tersebut, para pembangun web boleh ketahui tahap kemesraan laman web mereka pada peranti mudah-alih. Google juga menyediakan beberapa cadangan untuk menjadikan laman mereka mesra peranti mudah-alih. Sebelum ini, Google telah memperkenalkan tema khas untuk peranti mudah-alih bagi para pengguna Blogger dan juga Google Sites.

Mengoptimasikan halaman untuk peranti mudah-alih kini telah menjadi salah satu perkara utama, dimana selain daripada menjadikan laman kelihatan menarik pada skrin kecil, ia juga sesuatu yang penting untuk mengurangkan penggunaan data pada peranti tersebut, supaya sesuatu laman tersebut dapat dibuka dengan mudah, tanpa sebarang kos kepada para pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd