Cari @ Amanz

Para pengguna Xoom tempatan semestinya gembira hari ini, apabila setelah dinantikan, hari ini Motorola telah pun memperkenalkan kemaskini Android 3.2 Honeycomb kepada para pengguna tempatan yang menggunakan Motorola Xoom WiFi yang mana sebelum ini telah dipasarkan bersama-sama dengan pihak Maxis, selain pada masa yang sama turut ditawarkan secara berasingan melalui pengedar rasmi mereka.

Melalui kemaskini Android 3.2 Honeycomb yang diperkenalkan, ia membawakan beberapa penambahan baik pada tablet Android Honeycomb pertama itu, membawakan sokongan aplikasi QuickOffice versi penuh secara percuma, sokongan MotoPrint untuk mencetak terus menggunakan WiFi, dan dioptimasikan untuk beroperasi dengan lebih pantas lagi.

Bagi mereka yang memiliki tablet Motorola Xoom, anda boleh mengemaskininya hari ini, sementara menunggu untuk Motorola memperkenalkan Android Ice Cream Sandwich diperkenalkan setelah ianya dilancarkan kelak.

Terima kasih Firdaus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd