Eksklusif : Aplikasi iPad Untuk Upin Dan Ipin Diperlihatkan Dalam Video

Diterbitkan pada Nov 2, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini, kami pernah memaparkan beberapa gambar paparan untuk aplikasi iPad daripada pihak Les Copaque, iaitu aplikasi iPad Upin dan Ipin yang mana masih lagi dalam peringkat pembangunan buat masa ini. Untuk memberikan gambaran dengan lebih mendalam, bagaimanakah aplikasi ini akan kelihatan, kini kami membawakan sebuah video ringkas yang memperlihatkan beberapa fungsi asas pada aplikasi iPad untuk Upin dan Ipin kelak.

Walaubagaimanapun, seperti semua sedia maklum, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan awal, dan versi akhirnya kelak mungkin jauh berbeza dengan apa yang diperlihatkan sekarang. Namun begitu, ia sudah pun mula kelihatan menarik walaupun masih lagi pada peringkat awal pembangunan.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah aplikasi yang mengintegrasikan buku digital, permainan ringkas dan video animasi pendek ini bakal dilancarkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami