Google sering membawakan perubahan pada aplikasi Android Market mereka dari semasa ke semasa, dan menariknya, kini versi terkini, iaitu Android Market 3.3.11 sudah pun mula kelihatan, memperlihatkan beberapa penambahan fungsi baru pada aplikasi utama yang membolehkan anda memuat-turun dan memasang aplikasi Android dengan mudah melaluinya.
Salah satu fungsi baru padanya adalah sokongan kemaskini automatik aplikasi terus melalui WiFi. Melalui aplikasi tersebut, ia membolehkan para pengguna Android untuk mengemaskini aplikasi mereka secara automatik sebaik sahaja versi baru sesuatu aplikasi itu diperkenalkan, dan membolehkan anda memuat-turunnya melalui WiFi, tanpa perlu menanggung kos data.
Buat masa ini, ia diperkatakan sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pemilik peranti Android. Tetapi ia masih tidak diketahui sepenuhnya bilakah semua akan menerimanya. Namun, bagi mereka yang ingin mendapatkannya terlebih dahulu, boleh memuat-turun fail tersebut hari ini, dan mencubanya sendiri hari ini.
Gambar oleh The Verge, Pautan Muat-Turun Melalui Android Police.