Pelancaran Motorola Razr Di Malaysia Pada 8 November

Pelancaran Motorola Razr Di Malaysia Pada 8 November

Diterbitkan pada November 2, 2011 oleh .

Salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah Motorola Razr, dan kini Motorola Malaysia seperti telah bersedia untuk melancarkan peranti tersebut di Malaysia, dimana Motorola Malaysia mensasarkan untuk membuat acara pelancaran Motorola Razr pada minggu hadapan, iaitu 8 November, tarikh yang sama dengan pelancaran Galaxy Note di rantau Asia Tenggara.

Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui samada adakah ianya akan mula dijual pada tarikh tersebut. Namun, mungkin kita akan dapat lebih banyak maklumat tambahan, mungkin harga dan tarikh penjualannya akan diumumkan pada tarikh tersebut. Bagi yang berminat, mungkin anda boleh mendaftarkan minat anda untuk mendapatkan maklumat apabila ianya dilancarkan kelak.

Kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara tersebut kelak. Sama-sama kita nantikan pengumumannya pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN