Permainan Komputer Upin Dan Ipin Diperlihatkan Melalui Video

Permainan Komputer Upin Dan Ipin Diperlihatkan Melalui Video

Diterbitkan pada November 2, 2011 oleh .

Sama seperti dengan video aplikasi iPad untuk Upin dan Ipin, kami juga berjaya merakamkan beberapa rakaman skrin untuk dua permainan daripada desktop Les Copaque yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, tarikh pelancaran untuk kedua-dua aplikasi permainan ini masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Melalui apa yang diperlihatkan kepada kami, enjin permainannya dilihat berjalan lancar tanpa sebarang masalah, dan grafik serta permainannya juga kelihatan menarik sekali.

Les Copaque dijangka bakal melancarkan dua permainan desktop mereka kepada umum, iaitu permainan berbentuk pendidikan dan juga permainan berbentuk aksi yang mana bakal dilancarkan bersama-sama dengan filem akan datang mereka.

Pada masa yang sama, kami juga kedengaran yang mana berkemungkinan ia akan menjadi permainan berasaskan pelayar web. Namun, kami tidak dapat mengesahkan perkara ini buat masa ini.

Kami akan cuba mendapatkan lebih maklumat berkenaan dengan permainan ini dari semasa ke semasa.


TIPS & ULASAN