Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan peranti Nokia Symbian Belle yang pernah diumumkan sebelum ini, iaitu Nokia 600. Kini, ia disahkan yang mana Nokia tidak akan mengeluarkan peranti tersebut ke pasaran, dan sebab disebaliknya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Sebelum ini, Nokia 600 telah pun diumumkan untuk jualan pasaran Malaysia pada harga RM740, dan disasarkan untuk jualan pada suku tahun ke-empat ini.

Buat masa ini, sebab disebalik pembatalan peranti tersebut tidak diketahui lagi sepenuhnya. Namun apa yang dapat dilihat adalah dimana Nokia telah pun mula membuang dan memadamkan semua halaman web dengan maklumat peranti tersebut.

Pada masa yang sama, pada bulan lepas, Nokia telah pun melancarkan peranti baru mereka, Nokia 603, mungkin merupakan sebagai ganti kepada Nokia 600 yang dibatalkan jualannya kepada umum. Kami akan cuba mendapatkan maklumbalas pihak Nokia berkenaan dengan pembatalan ini.

Terima kasih kepada pembaca Amanz yang menghantarnya semalam. Kami lupa untuk bookmark nama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd