Opera Mula Memfokuskan Kepada Penjimatan Penggunaan Data Pada Peranti Mudah-Alih

Opera Mula Memfokuskan Kepada Penjimatan Penggunaan Data Pada Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada November 2, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan kebolehan untuk melihat penggunaan data pada versi Android, kini Opera Software terus mengemaskini pelayar mudah-alih mereka untuk para pengguna Opera Mini dan juga Opera Mobile, dimana hari ini Opera Mini 6.5 untuk iOS, BlackBerry, S60 dan J2ME serta Opera Mobile untuk para pengguna S60 dilancarkan oleh mereka.

Salah satu fungsi yang didatangkan bersama-sama dengannya adalah sama seperti pada versi Android sebelum ini, membolehkan anda melihat penggunaan data mudah-alih anda, serta berapa banyak yang anda telah jimatkan dengan menggunakan pelayar mudah-alih Opera.

Selain daripada itu, para pengguna juga kini boleh bookmark dan menyimpan sesuatu halaman itu dengan mudah dengan hanya klik pada ikon bintang pada bahagian bar URL, sekaligus memudahkan para pengguna menyimpan sesuatu halaman dengan pantas berbeza dengan sebelumnya.

Opera Mobile juga kini didatangkan dengan sokongan Opera Turbo yang ditambah baik, serta didatangkan dengan sokongan video padanya. Pada masa yang sama, Opera juga kini telah memulakan pembangunan versi MeeGo, dan versi pembangunannya boleh didapati daripada Opera Labs.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun pelayar web mudah-alih daripada Opera hari ini, dan mula menjimatkan penggunaan data anda sepenuhnya.


TIPS & ULASAN