Cari @ Amanz

Selain daripada gambar BlackBerry Curve generasi baru yang tersebar sebelum ini, kini gambar BlackBerry Bold generasi baru, iaitu Bold 9790 turut sama mula kelihatan, dan ia diperkatakan yang mana peranti ini bakal dilancarkan oleh Research In Motion pada bulan November ini, dan bakal menjadi peranti terakhir menggunakan BlackBerry OS 7 sebelum RIM beralih kepada QNX.

Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui adakah RIM akan beralih sepenuhnya kepada QNX, ataupun masih mengeluarkan peranti BlackBerry dengan sistem operasi generasi sekarang ini.

Buat masa ini, spesifikasi rasmi untuk BlackBerry Bold 9790 masih tidak diketahui sepenuhnya, tetapi diperkatakan akan membawakan skrin 2.45-inci. Walaubagaimanapun ia tidak pasti samada adakah ianya akan membawakan sokongan skrin sentuh ataupun tidak.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Research In Motion tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd