UMobile Menawarkan SMS Dan Data Percuma Kepada Pelanggan Sebagai Permohonan Maaf

UMobile Menawarkan SMS Dan Data Percuma Kepada Pelanggan Sebagai Permohonan Maaf

Diterbitkan pada November 2, 2011 oleh .

Mungkin semua pengguna UMobile telah pun sedia maklum akan masalah dan gangguan rangkaian mereka pada hari Isnin yang lepas, dimana kesemua pengguna UMobile tidak boleh mengakses rangkaian, termasuk membuat panggilan, menghantar dan menerima SMS, dan sebagainya pada 31 Oktober yang lepas. Dan untuk menebus kesilapan mereka, kini UMobile menawarkan beberapa perkara sebagai permohonan maaf kepada pengguna mereka.

Untuk para pengguna sedia ada UMobile, kini pihak mereka menawarkan SMS percuma ke semua rangkaian selama tiga hari, iaitu pada 10 November 2011, 10 Disember 2011, dan juga 10 Januari 2012. Dan untuk pelanggan yang melanggan pakej data, mereka akan diberikan tambahan 500MB secara percuma sebulan antara tempoh daripada 10 November sehingga penghujung Januari 2012 kelak.

Sebelum ini, UMobile menghadapi masalah rangkaian pada hari Isnin yang lepas, dimana ia diperkatakan disebabkan oleh kesilapan ketika mereka menaik-taraf rangkaian berkelajuan tinggi mereka.


TIPS & ULASAN