BBM Music Dilancarkan – Membawakan Perkongsian Muzik Sosial Ke Peringkat Baru

BBM Music Dilancarkan – Membawakan Perkongsian Muzik Sosial Ke Peringkat Baru

Diterbitkan pada November 2, 2011 oleh .

Setelah dinantikan sekian lama, akhirnya hari ini aplikasi BBM Music yang dinantikan ramai telah pun keluar daripada versi beta, dan dilancarkan kepada umum, yang mana membawakan perkongsian muzik antara pengguna BBM dan integrasi fungsi sosial padanya. Walaubagaimanapun, buat masa ini, masih tiada maklumat berkenaan bilakah pengguna tempatan boleh memuat-turun aplikasi tersebut.

Melalui BBM Music, setiap pengguna boleh memilih 50 lagu pada profil mereka, daripada jutaan lagu yang diberikan. 50 pilihan lagu ini, semestinya merupakan lagu pilihan anda, yang mana memenuhi citarasa dan personaliti anda. Dan untuk membolehkan anda mengakses lebih daripada 50 lagu, anda boleh menambah dan berkongsi dengan rakan-rakan BBM anda yang lain.

Secara asasnya, sekiranya anda menambah seorang rakan BBM, anda akan mendapat akses kepada 50 lagu mereka juga, sekaligus menjadikan jumlah lagu yang boleh diakses melalui peranti BlackBerry anda berjumlah 100 buah lagu. Perkara ini akan terus bertambah, dimana setiap tambahan seorang rakan BBM akan menambah lebih 50 lagu pada profil anda.

Walaubagaimanapun, ia memerlukan anda dan juga rakan anda itu melanggan kepada perkhidmatan berbayar BBM Music, dan bukannya perkhidmatan percuma. Namun begitu konsep yang dibawakan oleh mereka kelihatan amat menarik sekali, berbeza dengan yang lain.

Langganan sebulan untuk perkhidmatan berbayar BBM Music adalah sebanyak $4.99. Harga tempatan masih lagi belum diumumkan buat masa ini, dan mungkin akan diumumkan dengan pelancarannya di Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN