Ingatkah lagi berkenaan dengan TM BizMap yang pernah kami laporkan sebelum ini secara eksklusif? Kini nampaknya, Telekom Malaysia telah pun melancarkan perkhidmatan tersebut kepada umum terutamanya pengguna perniagaan pada suatu kos langganan dibawah nama baru, dimana dipanggil sebagai TM SmartMap. Perkhidmatan tersebut juga turut sama dijayakan dengan hasil kerjasama bersama-sama dengan pihak iProperty.
Melalui pertanyaan kami kepada pihak Telekom Malaysia, ia didapati yang mana Telekom Malaysia telah melancarkan perkhidmatan ini pada sebulan yang lepas, dimana difokuskan kepada para pengguna perniagaan.
Melalui TM SmartMap, ia membolehkan para pengguna perniagaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan pelbagai perkara pada sesuatu lokasi dengan mudah dan pantas. Antara informasi yang disediakan adalah termasuk harga hartanah disesuatu kawasan, informasi berkenaan demografik dan permintaan daripada pelanggan di sesuatu kawasan, dan maklumat kawasan tersebut dengan lebih terperinci.
TM SmartMap didatangkan dengan kos langganan mereka tersendiri, dimana tiga pilihan diberikan, termasuk langganan sebulan pada harga RM660, langganan 6 bulan pada harga RM2150 dan juga langganan setahun pada harga RM3630. TM juga menjanjikan yang mana data berkenaan demografik dan sebagainya pada SmartMap dikemaskini setiap bulan, menjadikan ianya merupakan salah satu sumber yang amat berharga untuk para pengguna perniagaan, dan menjimatkan kos mereka menjalankan bancian dan sebagainya.