Cari @ Amanz

Sepertimana yang pernah kami laporkan sebelum ini, hari ini pihak Rockstar Games telah pun mengeluarkan video promosi pertama untuk Grand Theft Auto 5, dan ianya kelihatan amat menarik sekali. GTA V telah menjadi salah satu permainan yang dinantikan ramai pemain dan juga peminat permainan siri Grand Theft Auto.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi untuk Grand Theft Auto 5 ini masih lagi tidak diketahui lagi. Namun, seperti biasa, ianya membawakan kisah watak yang tersendiri dalam dunia hitam mereka tersendiri. Grafik animasi pada permainan GTA V juga kelihatan sedikit menarik berbanding versi sebelumnya.

Mungkin selepas ini, lebih banyak video promosi GTA V akan dikeluarkan pihak RockStar Games sebelum permainan tersebut diperkenalkan kepada umum secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd