Seperti semua sedia maklum, ramai pengguna yang gemar merakam akan gambar makanan mereka, dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain, melalui beberapa aplikasi termasuk FoodSpotting, Twitter, Instagram dan sebagainya. Namun, tiada yang mementingkan elemen kesihatan padanya sepertimana yang diperkenalkan oleh Massive Health melalui aplikasi The Eatery mereka.
Melalui aplikasi percuma yang ditawarkan kepada para pengguna iOS itu, ia membolehkan anda merakam akan gambar makanan anda, dan berkongsi bersama-sama rakan lain. Namun menariknya, ia juga turut menyertakan fungsi sosial-kesihatan, dimana rakan-rakan anda yang lain boleh mengatakan samada ada pilihan makanan anda sihat ataupun tidak.
Pada masa yang sama, berdasarkan undian dan komen mereka semua, anda juga boleh ketahui corak makanan anda, sekaligus membolehkan anda mengubah diet anda kepada cara yang lebih sihat dengan senang berbanding sebelumnya.
Bagi yang berminat untuk memulakan diet dengan lebih berkesan, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi The Eatery ini secara percuma daripada Apple AppStore hari ini, dan menyertai dunia kesihatan sosial bersama rakan-rakan anda yang lain.
Terima kasih Harinder.