(Ura-Ura) Windows 8 Pada Ogos 2012, Windows 9 Pada 2014

(Ura-Ura) Windows 8 Pada Ogos 2012, Windows 9 Pada 2014

Diterbitkan pada November 3, 2011 oleh .

Salah satu berita menarik dalam dunia teknologi dan perkomputeran adalah ura-ura mengenai pelancaran produk baru dan akan datang oleh sesuatu syarikat. Dan kini, ia diura-ura akan yang mana Microsoft bakal melancarkan sistem operasi generasi baru mereka, iaitu Windows 8 pada bulan Ogos tahun hadapan, dan diikuti oleh Windows 9 dua tahun selepas itu.

Namun begitu, seperti biasa ianya hanya sekadar ura-ura tanpa sebarang pengesahan rasmi, dan berkemungkinan besar perkara ini tidak benar.

Pada masa yang sama, ia juga diperkatakan yang mana Microsoft bakal mengeluarkan Windows 8 Beta yang dinantikan ramai pengguna pada Januari tahun hadapan pada acara CES 2012 kelak.

Windows 8

Menariknya adalah dimana pada apa yang diperlihatkan, Microsoft diperlihatkan untuk mensasarkan pelancaran Windows 8 bersama-sama dengan Windows Phone 8 pada tahun hadapan, iaitu pada bulan Ogos 2012.

Walaupun perkara ini mungkin tidak benar, dan mempunyai perubahan masa dari segi pembangunan dan sebagainya, tahun hadapan semestinya salah satu tahun yang menarik dalam dunia teknologi.

Tips daripada Arif Ishak.


TIPS & ULASAN