Apple Mengesahkan Masalah Bateri – iOS 5.0.1 Bakal Menyusul

Apple Mengesahkan Masalah Bateri – iOS 5.0.1 Bakal Menyusul

Diterbitkan pada November 3, 2011 oleh .

Salah satu perkara yang dikomen oleh para pengguna peranti iOS sejak mengemaskini kepada iOS 5 tempoh hari adalah masalah bateri padanya, dimana ramai pengguna iPhone mengatakan yang mana jangka hayat bateri mereka tidak seperti dulu, dan menjadi lebih pendek berbanding sebelumnya. Dan kini, perkara ini disahkan sendiri oleh pihak Apple secara rasminya.

Menurut Apple lagi, mereka akan mengeluarkan kemaskini untuk iOS 5 dalam masa beberapa minggu lagi. Masih tiada tarikh rasmi dikeluarkan oleh Apple berkaitan dengannya. Namun begitu, Apple juga telah mengeluarkan iOS 5.0.1 Beta kepada para pembangun hari ini, memperlihatkan yang mana mereka akan memperkenalkan kemaskini untuk platform mereka tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN