Carian
Mozilla Bakal Memperkenalkan Perubahan Pada Enjin JavaScript Bermula Firefox 10
November 3, 2011 Aman

Seperti semua sedia maklum, akhir-akhir ini, pihak Mozilla mula menumpukan perhatian kepada pembangunan dan prestasi memori pada pelayar web mereka. Beberapa perubahan dan peningkatan telah pun mula kelihatan pada Firefox 7 dengan lebih banyak lagi dijangka akan diperkenalkan pada versi akan datang. Dan menariknya, kini perubahan besar dijangka akan diperkenalkan bermula Firefox 10 kelak.

Kini, Mozilla mensasarkan untuk mengecilkan lagi enjin JavaScript mereka, dan bakal memperkenalkan perubahan besar bermula pada Firefox 10 atau Firefox 11 kelak. Mozilla juga dijangka akan memperkenalkan IonMonkey sebagai ganti kepada JaegarMoneky sekaligus mengurangkan penggunaan memori sepenuhnya.

Kebelakangan ini, salah satu sebab mengapa ramai beralih daripada Firefox kepada Chrome adalah disebabkan penggunaan memori oleh pelayar web Mozilla yang dilihat amat tinggi, dan perubahan ini semestinya kelak akan menarik kembali minat para pengguna Mozilla untuk kekal menggunakan pelayar web tersebut.

Komen