Kemaskini iPad 2 Pada Mac 2012, iPad 3 Pada Suku-Ketiga Tahun 2012?

Kemaskini iPad 2 Pada Mac 2012, iPad 3 Pada Suku-Ketiga Tahun 2012?

Diterbitkan pada November 3, 2011 oleh .

Dengan tahun baru yang semakin hampir, kini pelbagai ura-ura baru kedengaran mengenai iPad generasi baru. Sebelum ini, ia pernah diperkatakan yang mana Apple sedang dalam proses pembangunan iPad 2S dan juga iPad 3, dan ura-ura terkini menguatkan lagi perkara ini, dengan mengatakan kemaskini untuk iPad 2 bakal diperkenalkan pada bulan Mac 2012 kelak.

Kemaskini yang bakal diperkenalkan pada bulan Mac 2012 kelak diperkatakan hanyalah sebuah kemaskini biasa sahaja, dan bukannya iPad 3 yang dinantikan ramai. Sebelum ini, ia pernah diperkatakan yang mana Apple mungkin akan memperkenalkan kemaskini iPad 2 mereka dengan skrin berserta sokongan paparan lebih tinggi.

Selain daripada itu, ia juga diura-ura akan yang mana Apple pada masa yang sama turut akan melancarkan iPad generasi ketiga mereka pada suku tahun ketiga tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, seperti semua sedia maklum, ia hanya sekadar ura-ura sahaja buat masa ini, tanpa sebarang pengesahan, dan masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Apple buat masa ini.


TIPS & ULASAN