Carian
P1 Memperkenalkan Pakej Wiggy 39 Dengan Kuota Bulanan 2GB
November 3, 2011 Aman

Dengan semua penyedia jalur-lebar mudah-alih mula bersaing dari segi tawaran pelan dan pakej termurah, kini P1 turut sama menyertainya, dimana kini P1 menawarkan pakej mudah-alih termurah mereka, dikenali dengan nama Wiggy 39, didatangkan bersama-sama dengan pakej dengan kelajuan sehingga 1MBps dan kuota penggunaan bulanan sebanyak 2GB pada harga bulanan sebanyak RM39.

Pelan yang bakal boleh didaftarkan oleh para pengguna bermula daripada 4 November kelak itu bakal ditawarkan dengan harga promosi pengenalan pada harga RM19 untuk dua bulan pertama, dan RM29 untuk dua bulan seterusnya. Para pengguna akan mula membayar harga biasa seperti pada pakej bermula daripada bulan kelima pendaftaran mereka kelak.

Pada masa yang sama juga, para pengguna dikehendaki membayar harga untuk peranti P1 Mobile Dongle diantara RM100 atau RM150 mengikut model pilihan mereka, dan untuk mereka yang inginkan lebih penggunaan data, mereka boleh menaik-taraf dengan harga RM10 untuk setiap 2GB.

Walaupun pakej dan kuota yang ditawarkan adalah rendah, namun ianya sesuatu yang menarik, dan amat berguna bagi mereka yang kadang-kala bekerja diluar, dan memerlukan akses internet diluar kadang-kala.

Komen