Cari @ Amanz

Nampaknya, dunia mudah-alih atas talian di Malaysia akan terus meriah, dimana melalui laporan yang dikeluarkan oleh Neilsen baru-baru ini, ia memperlihatkan angka penggunaan peranti mudah-alih dengan akses internet yang semakin meningkat dari hari ke hari. Selain daripada Malaysia, secara umumnya, rantau Asia Tenggara juga memperlihatkan peningkatan penggunaan peranti mudah-alih sepanjang tahun.

Melalui laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Neilsen, ia memperlihatkan yang mana Malaysia merupakan antara pengguna internet tegar, dimana ia diperlihatkan pengguna Malaysia menggunakan dan menghabiskan sekurang-kurangnya sebanyak 20 jam setiap minggu di alam maya.

Pada masa yang sama, penggunaan peranti untuk mengakses internet juga kelihatan menarik sekali, apabila penggunaan desktop dan juga telefon mudah-alih adalah pada angka yang sama untuk isi rumah, iaitu pada 77%, berbanding komputer riba pada angka 79% untuk isi rumah. Penggunaan tablet juga kelihatan tinggi, iaitu sekitar 18%.

Penggunaan profil aktif di Malaysia juga berbeza dengan beberapa negara yang lain, dimana pengguna Malaysia dilihat lebih aktif pada laman Facebook, YouTube dan juga menariknya pada laman Blogger. Pada masa yang sama, Nielsen turut sama melaporkan yang mana pemasaran digital dan sosial di Malaysia juga mempunyai tahap kejayaan yang tinggi, memperlihatkan lebih 60% daripada pengguna digital sering berhubung dengan jenama dan produk melalui media sosial.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd