Triberr Dijenamakan Semula – Tiada Lagi Tweet Secara Automatik

Triberr Dijenamakan Semula – Tiada Lagi Tweet Secara Automatik

Diterbitkan pada November 4, 2011 oleh .

Mungkin ramai pengguna tempatan sudah sedia kenali akan perkhidmatan Triberr, dimana membolehkan para penulis blog membuat sebuah kumpulan atau puak khas, membolehkan mereka Tweet artikel satu sama lain secara automatik. Namun, melalui penjenamaan semula yang diperkenalkan oleh pihak Triberr kini, fungsi ini dimatikan, supaya selaras dengan syarat-syarat Twitter.

Langkah ini merupakan salah satu langkah awal sebelum mereka diambil tindakan oleh pihak Twitter terhadap perkhidmatan Triberr. Sebelum ini, Twitter sendiri pernah mengeluarkan kenyataan mereka mengenai Tweet secara automatik, termasuk pengiklanan, yang mana mengubah pelbagai syarikat pengiklanan sebelum ini, termasuk ChurpChurp yang mengubah daripada Tweet secara automatik kepada sebuah gaya pengiklanan yang baru.

Pada masa yang sama, Triberr juga membawakan beberapa perubahan baru, dimana mereka memberikan nafas baru kepada laman mereka dengan logo yang serba baru, dan kini lebih memfokuskan kepada komuniti. Mereka juga memperkenalkan beberapa fungsi baru bersama-sama dengan pelancaran laman baru mereka.

Terima kasih Hisyam Nozi.


TIPS & ULASAN