Cari @ Amanz

Selain daripada ujian antaramuka baru sebelum ini, kini ianya dilihat yang mana YouTube juga turut sama menguji rekabentuk baru dengan perubahan dari segi antaramuka dan juga ikon pada laman tersebut, selain menggunakan latar belakang berwarna kelabu padanya. Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat ujian, namun dapat diakses oleh semua melalui penambahan JavaScript.

Memandangkan Google sering menjalankan pelbagai ujian pada laman mereka, ia masih tidak diketahui samada adakah ianya akan diperkenalkan secara rasmi kepada semua pengguna, atau hanya sekadar ujian sahaja.

Walaupun mungkin ramai yang berpendapat mereka tidak gemari akan rekabentuk ujian baru ini, kami merasakan yang mana susunan ikon pada bahagian atas video yang dimainkan kelihatan lebih kemas berbanding yang asal ini.

Jadi, adakah anda lebih gemari perubahan baru ini, ataupun lebih gemari akan rekabentuk dibawah projek CosmicPanda daripada YouTube?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd